Terms & Conditions

Review and accept before proceeding.

Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia & Logo Halal

  1. Sijil Pengesahan Halal dan logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi kandungannya.
  2. Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
  3. Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis dan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu kepada Ketua Pengarah, Jakim secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
  4. Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada Ketua Pengarah Jakim.
  5. Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia" atau terdapat perkara/cara pengendalian meragukan dari segi syarak.
  6. Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dibenarkan menggunakan logo halal pada barangan atau premis berkenaan.
  7. Sijil Pengesahan Halal yang asal perlulah dipamerkan.

Create Company Account

Submit your details. An admin will approve your access.

Already have an account? Login

WHIP (Weststar Halal Intergrated Platform)

Private halal certification tooling by Weststar Engineering.

Ensuring trust through halal certification.

Halal Certification Platform